Laporan laman pendedah maklumat Sarawak Report bermula dengan tumpuan kepada berita-berita mengenai kembimbangan akar umbi dan dan isu-isu di Sarawak, tetapi editornya, Clare Rewcastle-Brown kemudian mendapati dirinya menjejaki laluan 1MDB.

"Kamu tiba-tiba sedari bahawa kamu jelas mempunyai berita global dan saya tidak dapat tidak untuk tidak melaporkannya, jadi saya terus menjejakinya," katanya dalam temu bual dengan stesen radio BFM pagi ini.

Kes 1MDB juga berkaitan dengan isu-isu sistem kewangan di peringkat antarabangsa, katanya.

"(Kes ini) membincangkan secara global, bagaimana mungkin tempat seperti Malaysia dapat diselewengkan seumpama ini," katanya.

Tetapi selain kebimbangan antarabangsa ini, antara sebab yang mendorongnya untuk mendedahkan skandal 1MDB adalah keyakinannya kepada Malaysia.

Ini katanya, berdasarkan inspirasinya melihat semua rakyat negara ini begitu ghairah tentang pembaharuan dan mempunyai "idea yang jelas" tentang bagaimana ia harus dilakukan.

Namun, beliau mengakui menentang gejala rasuah yang dikatakan sudah berakar umbi dalam kerajaan persekutuan bukan satu tugas yang mudah.

Beliau menerima pelbagai ancaman dan gangguan daripada orang yang dia didakwa dibayar untuk memburuk-burukkannya, tetapi beliau bertekad untuk tidak tunduk kepada "pembuli" berkenaan.

Menurut wawancaranya dengan The Star Online, Rewcastle-Brown berkata beliau membuat laporan polis pada tahun 2015 selepas dirinya “dikuti” di Hyde Park, London, tempat beliau menetap.

Beliau juga mendakwa bahawa timbalan pendakwa raya Kevin Morais, yang mati dibunuh sepatutnya ada menghantar e-mel kepadanya tetapi e-mel itu "hilang secara ajaib" selepas dia diculik dan dibunuh.

"Nasib baik saya berjaya... dapatkan mesej tersebut.

"Seorang pakar komputer memeriksa dan mengesahkan bahawa komputer saya menghantar mesej kembali ke Putrajaya, dan saya tahu maksudnya.

"Saya terkejut tetapi tidak begitu terperanjat, sudah tentu saya sangat tertekan," katanya.

[Baca berita penuh]