BERITA Malaysiakini

Jawatankuasa Reform pelawa orang ramai kemuka representasi

News  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini

Orang ramai dan pertubuhan dipelawa mengemukakan representasi secara bertulis kepada sekretariat Jawatankuasa Pembaharuan Institusi selewat-lewatnya pada 28 Mei tentang perkara berkaitan institusi, termasuk proses membuat keputusan yang tidak berkesan atau kekurangan mekanisme bagi menyelaraskan ketidakseimbangan yang wujud dalam sesuatu bidang.

Dalam kenyataan hari ini, jawatankuasa yang ditubuhkan Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) itu, berkata representasi yang dikemukakan itu adalah bagi tujuan pelaksanaan pembaharuan institusi, bukan untuk menyuarakan sungutan peribadi atau membuat aduan tentang salah laku individu atau pegawai awam.

Jawatankuasa itu juga berkata pihaknya sedang mengkaji representasi dikemukakan beberapa individu serta kumpulan dan jika perlu, ia akan mempelawa pemerhati menghadiri perbincangan tertutup yang akan diadakan antara 28 Mei dan 18 Jun ini.

- Bernama