Pemberi maklumat PetroSaudi, Xavier Justo enggan mengulas lanjut mengenai pertemuan kedua dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.

Bagaimanapun, warganegara Switzerland itu sekali lagi menyatakan perasaan gembira dapat bertemu dengan pemimpin berusia 92 tahun itu.

"Saya tidak akan mengulas sebarang pertemuan yang mungkin berlaku. Saya hanya mahu ulangi bahawa pertemuan dengan perdana menteri anda adalah saat-saat yang akan saya kenang di hati selama-lamanya.

"Di bawah bimbingannya dan dengan kebijaksanaannya Malaysia mempunyai satu arah yang mungkin dan ia adalah - kejayaan," katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi.

Terdahulu hari ini, Justo dilaporkan bertemu Mahathir selama kira-kira sejam dan 15 minit di pejabat Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya.

Semalam, Justo juga bertemu Mahathir lebih dari satu jam di kediaman perdana menteri perdana di Serdang.

Menurut Jabatan Kehakiman AS (DoJ), fasa "PetroSaudi' adalah fasa pertama daripada empat fasa di mana dana 1MDB dipercayai dialihkan.

Pada fasa ini, sekurang-kurangnya AS$ 1.03 bilion bagi usahasama antara 1MDB dan PetroSaudi dialihkan kepada Good Star Limited milik ahli perniagaan Low Taek Jho antara tahun 2009 hingga 2011.

Sarawak Report adalah pihak pertama mendedahkan urus niaga ini berdasarkan maklumat yang dibocorkan dari Justo, yang pada masa itu dipenuhi dengan keraguan.

Xavier dikehendaki oleh pegawai PetroSaudi di Thailand sebelum ditahan dan dipenjarakan selama tiga tahun pada tahun 2015 kerana dakwaan memeras ugut bekas majikannya.

Bagaimanapun, Justo dibebaskan pada 2016 selepas mendapat pengampunan diraja. Skandal 1MDB kini berdepan dengan siasatan antarabangsa.