Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Najib: Sesi hari ini sambungan soal siasat 2015

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mendedahkan sesi bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini lebih kepada sambungan kepada soal siasat yang dibuat pada 2015.

"Kenyataan hari ini merupakan lanjutan dalam cara yang lebih terperinci, dengan pengesahan dokumen dan juga beberapa butiran yang lebih menyeluruh," katanya kepada pemberita selepas keluar dari ibu pejabat SPRM kira-kira jam 3.15 petang.

Beliau berkata sesi soal siasat hari ini berlangsung dari jam 10 pagi hingga 2.15 petang, dengan rehat selama 30 minit.

[Berita lanjut menyusul]

Lihat Komen
ADS