Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Clare: Wolf of Wall Street' dorong dedah skandal 1MDB

WAWANCARA |  Clare Rewcastle-Brown, mengundang dua maklum balas yang berbeza. Buat pentadbiran bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dan penyokong BN, namanya terpalit cerita rekaan dan penipuan. Kepada penyokong Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan penyokong Pakatan Harapan, Clare menjadi lambang kebenaran dan keadilan.

Editor Sarawak Report yang berpengkalan di London itu memainkan peranan penting dalam mendedahkan skandal 1MDB, yang seterusnya menyumbang kepada kekalahan mengejutkan BN pada pilihan raya umum 9 Mei.

Dalam wawancara bersama Malaysiakini, Rewcastle-Brown, yang kini berada di Kuala Lumpur, mendedahkan permulaan perjalanannya ke dalam skandal itu digerakkan filem Wolf-Wall Street yang mendapat pencalonan Oscar itu

Beliau mendakwa semasa sambutan Krismas, sebelum pelancaran filem itu pada tahun 2014, beliau telah menerima suatu maklumat.

"(Isteri Najib) Rosmah Mansor menyarankan filem ini kepada pelajar sekolah di Malaysia menimbulkan tanda tanya," katanya.

Malaysiakini tidak dapat mengesahkan dakwaan Clare ini sementara peguam Rosmah, M Puravelan, ketika dihubungi, enggan mengulas.

"Wolf of Wall Street" diterbitkan produksi Red Granite Pictures, yang diasaskan bersama oleh anak tiri Najib, Riza Aziz.

Rewcastle-Brown memutuskan untuk menggali lebih mendalam dan akhirnya menemukan ahli perniagaan kelahiran Malaysia, Jho Low, yang terlibat dalam skandal 1MDB.

"Saya mula menggali dan menanyakan soalan ... Kemudian saya mula mendapat maklumat dari Amerika Syarikat mengenai hartanah Riza dan orang yang kenal Riza dan tahu dia mempunyai kekayaan," katanya.

Draf pendakwaan terhadap Najib

Berikutan penyingkiran bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dipecat daripada timbalan perdana menteri, Rewcastle-Brown berkata menjelang akhir bulan Julai 2015, draf pendakwaan terhadap Najib dihantar kepadanya.

"Itu jelas sebagai maklum balas terhadap peristiwa-peristiwa pada hari-hari sebelumnya ketika tindakan (pemecatan) tersebut berlaku dan seseorang merasakan keperluan untuk maklumat itu disebarkan

"Saya mendapat nota mengatakan ini adalah sebab Najib melakukan apa yang dilakukannya. Selepas beberapa pertimbangan, saya menerbitkan (draf kertas pertuduhan) dan ketika itu ada tindak balas dengan waran tangkap dikeluarkan (terhadap Clare) dan semua yang lain, mengatakan (draf pertuduhan) itu sebagai berita palsu.

"Kami telah mengesahkan bahawa ia bukan berita palsu, saya percaya peguam negara sebelum ini (Abdul Ghani) telah menjelaskan kepada pentadbiran baru bahawa (draf pertuduhan itu) yang saya terbitkan merupakan dokumen asli," katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS