Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tugas KJ struktur semula Umno
Diterbitkan:  May 22, 2018 10:30 PM
Dikemaskini: 2:50 PM

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin ditugaskan merangka cadangan bagi menstruktur semula Umno dan BN.

"KJ in charge," kata pemangku presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membuat pengumuman itu selepas mempengerusikan mesyuarat majlis tertinggi parti.

"Saya diberikan tugas oleh Datuk Seri Zahid selaku pengerusi BN dan majlis tertinggi tadi untuk melaksanakan cadangan-cadangan bagi penstrukturan BN dan Umno.

"Tempoh yang diberikan, dalam tempoh sebulan ini kita akan bentangkan beberapa opsyen dan pilihan kepada BN dan Umno. Dari segi ideologi, dari segi struktur, dari segi gerak kerja," kata Khairy.

Khairy yang juga Ketua Pemuda BN berjanji semua pihak akan dilibatkan.

"Kami akan menjadi inklusif bagi mendapatkan pandangan daripada (rakan komponen) BN untuk merangka cadangan," katanya.

Sejak kekalahan BN pada PRU14, tiga komponen parti telah keluar gabungan itu iaitu parti Upko, LDP dan PBRS. Parti-parti lain juga sedang menyemak semula kedudukan dalam BN.

Lihat Komen
ADS