Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Zahid: BN akan bangkit semula
Diterbitkan:  May 22, 2018 11:48 PM
Dikemaskini: 3:51 PM

Pemangku presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yakin BN akan bangkit semula daripada kekalahannya.

"Tidak ada sesebuah kerajaan yang dibina atas faktor-faktor yang dibantui rasa kebencian dan isu-isu yang tidak dapat dijawab kerajaan (kerana) kaedah komunkasi itu tidak tepat, tidak berpijak di bumi nyata, maka akhirnya sesebuah kerajaan itu akan dihukum oleh rakyat," kata beliau dalam sidang akhbar di Kuala Lumpur.

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat majlis tertinggi Umno malam ini, beliau berkata BN boleh mengambil teladan parti pemerintah yang lama berkuasa kemudian jatuh tetapi berjaya bangkit semula.

"Kita yakin daripada beberapa pengalamana negara-negara yang alamai situasi sama dengan Umno dan BN, akan bangkit semula," kata beliau.

Berlapang dada, baiki kelemahan

Zahid juga menggesa anggota Umno untuk merapatkan barisan.

"Takper lah. Kita dah sebut kita berlapang dada dan kita mengambil langkah-langkah ke hadapan... untuk menerap sokongan baru dan baiki kelemahan ada dan akui kesilapan-kesilapan itu akan dibaiki," katanya lagi.

Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak memimpin BN kalah pertama kali sejak merdeka, menamatkan kekuasaan gabungan itu selama 61 tahun.

Najib telah meletak jawatan presiden Umno dan pengerusi BN.

Lihat Komen
ADS