Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Nisbah hutang negara dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kini pada kadar 65 peratus, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Peratusan itu dimaklumkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, katanya pada sidang media selepas mesyuarat kabinet di Putrajaya hari ini.

Mahathir menjawab soalan pemberita berhubung kadar semasa berdasarkan anggarannya bahawa hutang negara kini pada RM1 trilion.

Pada Mac lalu, bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kadar hutang dengan KDNK adalah 50.8 peratus, kurang daripada had yang ditetapkan iaitu 55 peratus.

Berhubung soal lantikan politik, Mahathir berkata kerajaan akan menamatkan semua 17,000 kontrak lantikan itu.

Namun, katanya, mereka yang berperanan penting dan bergaji rendah akan ditempatkan diberi tempat dalam sektor awam.

Berhubung janji Najib untuk memberi kenaikan gaji tahunan kepada penjawat awam pada Jun ini, beliau berkata tidak terikat dengan janji BN.

"Itu janji yang dibuat pembangkang, kami tidak terikat dengan janji mereka," katanya.

Namun, Mahathir berkata kerajaan akan menimbang janji itu.

Lihat Komen
ADS