Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kementerian Kewangan: Arul Kanda tak boleh dipercayai
Diterbitkan:  May 23, 2018 8:49 PM
Dikemaskini: 12:50 PM

Menteri Kewangan Lim Guan Eng menuduh presiden merangkap ketua pegawai eksekutif (CEO) 1MDB “tidak jujur dan tidak boleh dipercayai”.

Kenyataan itu dibuat selepas Arul memberi taklimat padanya berkaitan kedudukan syarikat pelaburan itu, yang tidak memuaskan hati kementerian.

“Saya dapati Arul kanda sama sekali tidak jujur dan tidak boleh dipercayai.

“Saya telah mengarahkan penasihat undang-undang Kementerian Kewangan untuk menyemak semula kedudukannya sebagai presiden 1MDB,” katanya dalam sidang media di Putrajaya hari ini.

Menurut Lim, Arul Kanda memberitahunya beliau tidak pasti berkaitan nilai pelaburan “unit dana” AS$2.5 bilion (RM9.8 bilion) atau sama ada ia benar-benar wujud.

Katanya, reaksi Arul itu amat mengejutkan kerana beliau telah menjelajah negara dan berceramah tentang daya mahu 1MDB dan pelaburan baiknya.

Malaysiakini telah menghubungi Arul dan sedang menunggu maklum balasnya.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS