Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Najib disoal-siasat lagi esok
Diterbitkan:  May 23, 2018 9:24 PM
Dikemaskini: 1:26 PM

Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dikehendaki hadir untuk kali kedua di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya pada 10 pagi esok bagi membantu siasatan kes SRC International Sdn Bhd.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi), Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi Bernama berkata Najib, yang juga Anggota Parlimen Pekan, perlu dirakam keterangan berhubung perkara itu.

Semalam, Najib hadir buat kali pertama di ibu pejabat suruhanjaya itu untuk memberi keterangan mengenai isu berkenaan.

SRC International ialah anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), sehingga ia diletakkan di bawah Kementerian Kewangan pada 2012.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan Isnin lalu mengumumkan penubuhan Pasukan Petugas Siasatan 1MDB untuk menjalankan siasatan terperinci, pengesanan dan penyitaan aset serta pendakwaan terhadap individu yang melakukan apa-apa kesalahan jenayah dalam pengurusan 1MDB.

- Bernama

Lihat Komen
ADS