Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Laporan audit 1MDB bawah OSA hanya buat sementara - Ambrin
Diterbitkan:  May 24, 2018 11:04 AM
Dikemaskini: 3:38 AM

Bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang berkata beliau telah membuat keputusan untuk mengklasifikasikan laporan audit 1MDB di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA), tetapi ia sepatutnya untuk sementara.

Klasifikasi itu hanya untuk sehingga Jawatankuasa Kira-Kira Wang. Negara  (PAC) menyelesaikan siasatannya ke atas 1MDB, katanya.

Jadi, katanya, untuk tidak mengganggu prosiding PAC, beliau memutuskan untuk mengklasifikasikannya di bawah OSA.

Apabila PAC menyelesaikan siasatan mereka, tidak ada sebab untuk ia terus diklasifikasikan lagi di bawah OSA, katanya dalam laporan Malay Mail hari ini.

Sambil mendakwa bahawa beliau tidak berada di bawah tekanan luar, Amrin berkata PAC sendiri kemudiannya memutuskan laporan audit itu tidak boleh didedahkan kepada awam.

[Baca berita penuh]

 

Lihat Komen
ADS