Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Letusan Gunung Merapi keluarkan abu, gas beracun
Diterbitkan:  May 24, 2018 4:33 PM
Dikemaskini: 8:37 AM

Gunung berapi paling aktif di Indonesia, Gunung Merapi meletus pada Khamis dan mengeluarkan abu serta kepulan asap setinggi 6,000 meter, lapor agensi berita Xinhua.

Menurut Ketua Agensi Volkanologi Nasional, letusan pada pukul 2.55 waktu Jakarta itu, turut mengandungi gas beracun seperti hidrogen sulfida dan karbon dioksida.

"Memandangkan gas yang dihasilkan gunung berapi berkenaan berbahaya, semua aktiviti dalam radius tiga kilometer adalah di larang sama sekali," katanya ketika dihubungi.

Beliau turut menasihatkan penduduk di kawasan berhampiran untuk mengambil langkah berjaga-jaga, termasuk menggunakan topeng muka.

Kira-kira 660 penduduk berhampiran telah dipindahkan ke kawasan lebih selamat.

Terletak 28 kilometer di utara kota Yogyakarta dengan penduduk seramai 2.4 juta, Gunung Merapi merupakan satu daripada 129 gunung berapi yang aktif di Indonesia dan sering meletus sejak tahun 1948.

Pada November 1994 letusan besar berlaku menyebabkan 27 orang terkorban. Kali terakhir letusan besar berlaku ialah pada 2006.

- Bernama

Lihat Komen
ADS