Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
1MDB: Guan Eng digesa lebih bijaksana
Diterbitkan:  May 24, 2018 6:02 PM
Dikemaskini: 10:08 AM

Menteri Kewangan baru Lim Guan Eng perlu mengingati bahawa beliau bukan lagi seorang ahli politik pembangkang, walaupun pendekatan lantang dan terbukanya mengenai skandal 1MDB disambut baik tetapi mempunyai kesan sebaliknya dengan pelabur.

Dalam ruangannya hari ini, Andy Mukherjee dari Bloomberg berkata beliau merujuk kepada beberapa kenyataan Lim sebagai berkata kementeriannya menjalankan siasatan ke atas firma pelaburan negara yang ditubuhkan oleh bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata antara contoh ialah serangan ke atas Arul Kanda Kandasamy semalam di mana Lim menuduh presiden merangkap ketua pegawai eksekutif (CEO) 1MDB itu sebagai “tidak jujur dan tidak boleh dipercayai” dan kenyataannya bahawa tahap hutang Malaysia kini melebihi RM1 trilion.

Semua ini, kata Mukherjee, memberi kesan yang kecil terhadap keinginan orang ramai melihat keadilan ditegakkan dalam apa yang digelar sebagai skandal kewangan terbesar dunia.

Sebaliknya, penulis berkata ini menimbulkan risiko dengan pelabur berhubung "pandangan fiskal yang tidak menentu".

"Para pelabur tidak puas hati. Pelabur asing telah menjual saham mereka di negara ini selama 13 hari berturut-turut.

"Bagi Lim, kenyataannya pada sidang akhbar pertama bahawa hutang kerajaan melebihi satu trilion ringgit kerana ‘bailout’ awam terhadap 1MDB mendapat pujian kerana kejujurannya, tetapi bukan untuk kebijaksanaannya.

"Serangannya terhadap (Arul) Kanda tidak wajar. Malaysia bukan sebuah republik pisang tetapi mempunyai taraf A3 oleh Moody's Investors Service," tulisnya.

Menurut beliau, adalah tugas Lim memastikan para pelabur ditenteramkan dan memastikan ekonomi negara berkembang.

"Lim bukan lagi seorang ahli politik pembangkang tetapi merupakan sebahagian penting dari kerajaan baru yang boleh memulakan prosiding undang-undang terhadap mana-mana pegawai atau pengarah 1MDB."

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS