Penyiasat sahkan pesawat tentera Rusia tembak MH17
Diterbitkan: May 24, 2018 6:11 PM | Dikemas kini: May 24, 2018 6:15 PM
Pendakwa yang menyiasat nahas pesawat MH17 yang terhempas di timur Ukraine pada 2014 berkata, mereka telah mengenal pasti bahawa peluru berpandu yang digunakan untuk menembak pesawat itu adalah dari angkatan bersenjata Rusia.
Wilbert Paulissen, ketua pasukan jenayah polis kebangsaan Belanda, berkata peluru berpandu itu ditembak oleh Briged Anti-Pesawat Rusia ke-53.
"Semua kenderaan dalam konvoi yang membawa peluru berpandu itu adalah sebahagian daripada angkatan bersenjata Rusia," katanya dalam satu sidang media televisyen.
Rusia menafikan terbabit dalam insiden tersebut.
- Reuters

