Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tiba di Kelantan bagi menghadiri majlis menerima mengadap bonda Yang di-Pertuan Agong, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid di Istana Mahkota, Kota Bharu, hari ini.

Beliau yang turut diiringi suami, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan mengadakan perjumpaan secara tertutup kira-kira satu jam.

Terdahulu, pasangan presiden PKR dan ketua umum PKR itu tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) Pengkalan Chepa jam 9.35 malam.

Ketibaan beliau disambut Pengarah Komunikasi PKR Negeri, Mohd Sukirman Mustafa.

Ia merupakan lawatan sulung Wan Azizah ke Kelantan selepas mengangkat sumpah sebagai timbalan perdana menteri, Isnin lalu.

Sementara itu, Malaysiakini difahamkan kunjungan itu juga bagi mempersembahkan ucapan terima kasih Anwar kepada Istana Kelantan susulan pengampunan diraja yang diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, baru-baru.

Lihat Komen
ADS