Malaysiakini
BERITA

S'pura kesal sidang damai Trump-Kim dibatalkan

Massita Ahmad & Bernama

Diterbitkan
Dikemaskini 25 Mei 2018, 1:59 pagi

GLOBAL Singapura melahirkan rasa kesal berhubung pembatalan sidang kemuncak bersejarah antara Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dengan pemimpin Korea Utara Kim Jong-un yang dijadualkan berlangsung pada 12 Jun di negara itu.

“Singapura berharap sesi dialog dan usaha untuk mewujudkan keamanan serta kestabilan berterusan di Semenanjung Korea akan diteruskan,” menurut Kementerian Hal Ehwal Luar Singapura dalam kenyataan yang dikeluarkan lewat hari Khamis.

Dilaporkan Trump membatalkan sidang kemuncak 12 Jun itu melalui surat yang dialamatkan kepada Kim. Surat itu kemudian dimuat naik di laman web Rumah Putih pada Khamis.

Kira-kira dua minggu lepas, Trump mengumumkan tarikh dan lokasi bagi pertemuan bersejarah itu melalui akaun Twitter beliau.

Pada 10 Mei, Singapura berkata negara itu bersedia untuk menjadi tuan rumah pertemuan julung kali bagi kedua-dua pemimpin tersebut.

- Bernama

Jadilah pelanggan Malaysiakini untuk menyokong media bebas menyalurkan sumber maklumat dalam negara yang boleh dipercayai. Bersama membina Malaysia yang lebih baik.

Langgan dengan hanya RM200 setahun atau RM20 sebulan.

Komen

Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.