Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan Tenaga Nasional Bhd bertanggungjawab terhadap banjir pada 2013 yang melanda Cameron Highlands hingga menyebabkan empat kematian dan kemusnahan harta benda di lembah Bertam.

Hakim Datuk Nordin Hassan berkata, TNB secara cuai pada malam 23 Oktober 2013 melepaskan air dari empangan Hidroelektrik Sultan Abu Bakar sebanyak tiga kali.

Beliau berkata TNB tidak memasang peralatan mengukur aliran masuk air.

"(Alat) ini hanya dipasang selepas kejadian pada tahun itu. Oleh kerana empangan tersebut dibina pada tahun 1963, ia tidak mempunyai instrumen itu.

"Kegagalan untuk memasang instrumen itu merupakan perbuatan cuai kerana ia diamanahkan dengan kehidupan dan harta benda orang di kawasan hiliran.

Beliau berkata akibat daripada kecuaian ini, pelepasan air dari empangan itu tidak dapat diukur dengan tepat pada malam berkenaan.

Hakim Nordin mengarahkan supaya penilaian ganti rugi dilakukan oleh timbalan pendaftar Mahkamah Tinggi.

Beliau juga memerintahkan TNB membayar kos RM50,000 kepada plaintif.

Seramai 100 penduduk memfailkan saman terhadap TNB. Mereka diwakili peguam M Manogaram.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS