Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Sumber: Baru Bian, Chong disebut-sebut jadi menteri

Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Sarawak, Chong Chieng Jen dan Pengerusi PKR negeri, Baru Bian antara mereka yang bakal dilantik sebagai menteri kabinet.

Menurut sumber, Malaysiakini difahamkan sekurang-kurangnya dua anggota parlimen Sarawak akan diumumkan dalam senarai menteri kabinet berikutnya.

Sumber memberitahu Malaysiakini terdapat tambahan satu atau dua lagi portfolio yang akan ditambah dalam pengumuman menteri kabinet yang akan datang.

Apabila dihubungi, Chong enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai mesyuarat bersama Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang diadakan semalam.

"Ok, boleh tahan, ia hanya kunjungan hormat daripada Pakatan Harapan dan kami bercakap mengenai masa depan Sarawak," kata Chong kepada Malaysiakini.

Chong (gambar) mengetuai delegasi enam orang dari Sarawak termasuk Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian, Pengerusi AMANAH Sarawak, Mohamad Fidzuan Zaidi, Alan Ling (Setiausaha DAP Sarawak), Vernon Kedit (ketua biro maklumat HARAPAN Sarawak) dan Abang Halil ABang Naili (Setiausaha AMANAH Sarawak).

Ketika ditanya mengenai pelantikan beliau sebagai menteri kabinet, Chong menjawabnya dengan malu-malu.

"Biarkan diumumkan dahulu, baiklah, tunggu pengumuman PM," kata Chong.

Kedua-dua Baru Bian dan Fidzuan Zaidi enggan mengulas mengenai butiran mesyuarat dengan perdana menteri itu.

Pertemuan antara perdana menteri dan delegasi HARAPAN Sarawak diadakan pada jam 4 petang dan berlangsung selama kira-kira sejam. Mereka bertemu di pejabat Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya.

Chong juga menyebut Pengerusi HARAPAN negeri akan mengeluarkan satu kenyataan dalam beberapa minggu akan datang berhubung rundingan HARAPAN Sarawak dan isu-isu berkait kepentingan negeri itu.

"Kami akan dedahkan butirannya kemudian, dalam seminggu dua ini. Butiran itu akan didedahkan tak lama lagi," katanya.

[Baca berita penuh]
 

Lihat Komen
ADS