Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Najib: Tahniah, umum hutang RM 1 trilion takutkan pelabur
Diterbitkan:  May 25, 2018 7:06 PM
Dikemaskini: 1:23 PM

Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak menyindir dengan mengucapkan tahniah kepada kerajaan baru HARAPAN kerana menakutkan pasaran saham dan pelabur secara tidak perlu ekoran pengumuman hutang negara RM1 trilion.

Najib mendakwa ini membawa kepada kejatuhan bursa saham minggu ini, selama 14 hari berturut-turut aliran keluar modal asing.

"Kenyataan (hutan RM trilion) itu menyebabkan kerugian sebenar kepada pelabur pasaran saham dan GLIC seperti KWSP, KWAP, Khazanah dan Tabung Haji.

"Saya harap dan berdoa agar menteri-menteri kerajaan lebih berhati-hati dalam membuat kenyataan pada masa akan datang," tambahnya pada hantaran terbaru Facebook bertajuk "The 'spade' had always been called a spade."

Najib, yang juga bekas menteri kewangan, berkata beliau gembira kerana Menteri Kewangan yang baru Lim Guan Eng memilih untuk mendedahkan hutang kerajaan persekutuan rasmi.

Najib menjawab kenyataan menteri kewangan semalam berkata hutang itu kekal pada RM686.8 bilion (50.8 peratus daripada KDNK) dan bukan 65 peratus atau RM1 trilion seperti yang didakwa sebelum ini.

Beliau berkata kerajaan BN sebelum ini telus dan tidak menyembunyikan angka-angka yang didedahkan menteri kewangan baru

"Oleh itu, kami tidak menyembunyikan hutang M300 bilion atau angka palsu sebagaimana yang didakwa," katanya lagi.

Lihat Komen
ADS