Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Pembangkang menang besar, Barbados pilih PM wanita pertama
Diterbitkan:  May 26, 2018 10:51 AM
Dikemaskini: 4:44 AM

GLOBAL Barbados memilih perdana menteri wanita pertama ketika pembangkang menumbangkan Parti Buruh Demokratik (DLP) yang memerintah, dengan memenangi semua kerusi di parlimen kepulauan Caribbean, dalam keputusan pada hari Jumaat.

Kemenangan untuk Mia Mottley, 52, dalam pilihan raya pada hari Khamis itu mengembalikan Parti Buruh Barbados (BLP) untuk berkuasa semula di kepulauan dengan seramai kira-kira 285,000 penduduk itu buat pertama kalinya dalam tempoh satu dekad.

Suruhanjaya Pilihan Raya dan Sempadan mengatakan BLP menang semua 30 kerusi parlimen, untuk mencatatkan kemenangan bersih pertama dalam sejarah badan legislatif itu. DLP sebelum ini memperolehi majoriti tipis dengan 16 kerusi.

"Kemenangan ini adalah kemenangan rakyat Barbados," kata Mottley kepada para penyokong di luar ibu pejabat BLP Bridgetown pada awal hari Jumaat, dan menyifatanya sebagai undi untuk kepimpinan yang lebih inklusif dan telus bagi Barbados.

[Baca berita penuh]

- Reuters
 

Lihat Komen
ADS