Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
SPRM gagal geledah rumah Musa Aman
Diterbitkan:  May 26, 2018 11:52 AM
Dikemaskini: 3:57 AM

Penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) gagal membuat carian di hartanah milik bekas ketua menteri Sabah Tan Sri Musa Aman, lapor media hari ini.

Memetik sumber yang tidak dinamakan The Star melaporkan, kegagalan itu berpunca daripada sikap peguam Musa yang enggan bekerjasama.

Katanya pegawai SPRM pergi membuat siasatan di dua rumah Musa masing-masing satu di Kota Kinabalu dan Sandakan, namun peguam pemimpin Umno Sabah terbabit enggan mengikut mereka.

Disebabkan rumah terbabit kosong pada waktu itu, kata sumber terbabit, pegawai SPRM tidak dapat memasuki premis terbabit kerana bercanggah dengan prosedur agensi berkenaan

"Peguam (Musa) memberikan kunci rumah itu kepada pegawai SPRM, namun mereka enggan menemani penyiasat membuat carian di situ.

"Mengikut prosedur SPRM, pegawai berkenaan perlu diiringi semasa membuat siasatan. Disebabkan peguam terbabit enggan masuk bersama, pegawai SPRM juga tidak memasuki premis tersebut," katanya.

Laporan itu kemudian disahkan Timbalan Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki.

Sementara itu peguam Musa, Zahir Shah, menafikan laporan lebih awal yang mendakwa sejumlah fail milik anggota dewan undangan negeri Sungai Sibuga dirampas pihak berkuasa.


Baca Keputusan PRU Sabah tak diiktiraf jika ada unsur rasuah


Siasatan ke atas Musa itu dipercayai berkait dengan dakwaan amalan membeli undi selepas pilihan raya umum (PRU) ke-14 pada 9 Mei lalu.

Keputusan awal menyaksikan BN dan Parti Warisan Sabah (WARISAN) masing-masing memenangi 29 daripada 60 kerusi kerusi Dewan Undangan Negeri Sabah.

Musa mengangkat sumpah sebagai ketua menteri namun hayat mandatnya itu tidak bertahan lama apabila sejumlah wakil rakyat memberikan sokongan kepada WARISAN menjadikan parti dipimpin Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mendapat majoriti.

Mohd Shafie yang juga bekas naib presiden Umno kemudian dilantik menjadi ketua menteri.

Musa kini dipercayai sudah meninggalkan Malaysia. Sumber SPRM memberitahu Musa sempat keluar dari negara ini sebelum namanya disenarai hitam oleh Jabatan Imigresen.

Beberapa sumber mendakwa Musa, 67, berada di London dan sedang berunding untuk mengambil tindakan mahkamah ke atas kerajaan Sabah.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS