Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Protes di sempadan Gaza, puluhan rakyat Palestin cedera ditembak
Diterbitkan:  May 26, 2018 1:13 PM
Dikemaskini: 5:22 AM

Puluhan warga Palestina yang berprotes di sempadan Gaza cedera akibat tembakan  dan gas pemedih mata yang dilepaskan oleh tentera Israel pada hari Jumaat, ketika protes terbaru menarik ribuan peserta ke sempadan.

Digelar 'March of Return', protes itu dilancarkan pada 30 Mac untuk menuntut hak untuk pulang bagi pelarian Palestin dan keturunan mereka ke tanah keluarga atau rumah yang hilang kepada Israel semasa penubuhannya dalam perang 1948.

Protes di sepanjang sempadan itu mencapai kemuncak pada 14 Mei apabila sumber perubatan Gaza mengatakan sekurang-kurangnya 60 rakyat Palestin terbunuh oleh tembakan tentera Israel.

Sejak protes di sempadan itu bermula, 113 rakyat Palestin telah terbunuh oleh tembakan tentera Israel, kata pegawai perubatan Gaza.

Kebanyakan peserta pada hari Jumaat menjaga jarak mereka kira-kira 800 meter dari pagar. Puluhan pemuda, bagaimanapun, maju ke jarak sekitar 300 meter dan membakar tayar di lokasi protes. Di timur Kota Gaza beberapa pemuda mendekati pagar dan cuba meruntuhkannya.

Pasukan tentara Israel menembak gas pemedih mata dan peluru hidup. Tentera juga juga menembak layang-layang dengan ekor yang dibakar sebelum ia jatuh di ladang Israel dan membakar tanaman.

Pegawai kementerian kesihatan Gaza berkata sekurang-kurangnya 109 penunjuk perasaan cedera. Pihak perubatan berkata sekurang-kurangnya 10 orang cedera.

Ketua Hamas, Ismail Haniyeh dan pemimpin Gaza, Yehya Al-Sinwar, turut menyertai protes berasingan yang menarik sorakan orang ramai.

"March of Return belum berakhir. Jumlahnya mungkin lebih kecil tetapi kami tetap meneruskannya," kata Ali, seorang peserta yang menutup mukanya dengan baju-T ketika menyertai protes di sebelah timur Khan Younis di selatan Gaza.

Para penunjuk perasaan bersurai ketika waktu senja untuk mempersiapkan diri bagi berbuka puasa semsa bulan Ramadan - bulan suci umat Islam.

Gaza dikuasai oleh kumpulan Islam Hamas sejak 1007. Israel dan Mesir, memetik kebimbangan keselamatan, mengekalkan sekatan de facto di Gaza, yang telah meruntuhkan aktiviti ekonominya.

Israel telah menyalahkan Hamas kerana mencetuskan keganasan itu.

"Mereka mendesak orang awam - wanita, kanak-kanak - menyertainya supaya tercedera. Kami cuba meminimumkan kecederaan. Mereka mahu dicederakan untuk memberi tekanan ke atas Israel, itu mengerikan," dakwa Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu kepada CBS News minggu lepas.

Salah al-Bardaweel, seorang pegawai Hamas di Gaza, memberitahu saluran televisyen Palestin bahawa majoriti yang terbunuh pada 14 Mei adalah anggota Hamas.

[Baca berita penuh]

- Reuters

Lihat Komen
ADS