Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PAS: Awas, jangan calarkan institusi raja-raja Melayu
Diterbitkan:  May 26, 2018 1:36 PM
Dikemaskini: 5:38 AM

PAS menasihati semua pihak agar terus menghormati raja-raja Melayu dan tidak melanggar sempadan dalam menghadapi konflik politik.

Kata Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, tidak wajar mana-mana orang membiarkan institusi raja-raja Melayu tercalar semasa ghairah mengambil tindakan politik.

Bahanya, kata timbalan presiden PAS itu, langkah melepasi sempadan akan menyebabkan rakyat tiadak tempat untuk berlindung.

"Apabila ia tercalar, maka hilanglah tempat untuk rakyat berlindung, terutamanya apabila watak-watak dan parti-parti politik menjadi terlalu angkuh sehingga tidak boleh ditegur," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tuan Ibrahim tidak menyatakan secara jelas apakah yang menjadi rujukan kenyataan beliau itu. Namun berdasarkan perkembangan semasa ia dipercayai ada kaitan dengan krisis kepemimpinan yang sedang berlaku di Perlis.

Selepas PRU ke-14 berakhir semua negeri sudah mempunyai menteri besar - atau ketua menteri bagi Sabah dan Sarawak - kecuali negeri terkecil terletak di utara semenanjung itu.

Akhirnya menteri besar penggal lalu Datuk Seri Azlan Man dilantik Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail, untuk mengangkat sumpah jawatan pada 24 Mei.

Bagaimanapun berlaku krisis apabila sembilan lagi anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis memboikot majlis berkenaan.

Pengerusi BN Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim mendakwa Azlan tidak mendapat sokongan majoriti wakil rakyat dan "memecat" ADUN Bintong itu sebelum mengisytiharkannya sebagai menteri besar bebas.

Menurut Tuan Ibrahim institusi raja-raja Melayu adalah payung negara yang menjadi naungan rakyat kerana ia melangkaui semua agama, bangsa, bahasa dan fahaman politik dan

Kata Tuan Ibrahim raja-raja Melayi adalah satu-satunya institusi yang bebas daripada apa-apa juga sentimen dan pengaruh tertentu.

"Namun dalam keghairahan semua pihak untuk mempertahankan ruangan masing-masing, jangan sesekali kita mengguris keutuhan dan kedaulatan institusi raja-raja yang telah sekian lama menjadi naungan kepada semua rakyat Malaysia," katanya.

Lihat Komen
ADS