Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Peguam Perancis dalam kes Scorpene sedia temui menteri pertahanan

William Bourdon, peguam yang dilantik oleh NGO Suaram untuk memfailkan saman di Perancis yang melibatkan pembelian dua kapal selam Scorpene oleh Malaysia, membayangkan kesediaannya untuk memberi taklimat kepada kerajaan baru berhubung kes itu.

Apabila dihubungi, Bourdon berkata, pasukan peguamnya - yang sebelum ini dilarang memasuki negara ini pada 2011 selepas menghadiri majlis Suaram - ingin bertemu dengan Menteri Pertahanan baru Mohamad Sabu secepat mungkin.

"Kita boleh datang ke Malaysia secepat bulan Julai, kami mahukan jaminan kerajaan baru bahawa kami tidak akan lagi dilarang memasuki negara ini.

"Kami bersedia untuk memberi taklimat kepada keseluruhan pentadbiran mengenai butir-butir dan keseluruhan kes itu dan kemas kini mengenai status kes itu di mahkamah Paris.

"Taklimat kepada pasukan Kementerian Pertahanan yang baru adalah penting kerana kami tidak mendapat kerjasama sebelum ini daripada kerajaan Malaysia," kata Bourdon kepada Malaysiakini dalam perbualan telefon.

Malaysiakini telah menghubungi menteri pertahanan dan sedang menunggu maklum balas.

[Baca berita penuh]

 

Lihat Komen
ADS