Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Khaled harap k'jaan teruskan bantuan Aidilfitri penjawat awam

Bekas menteri besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berharap bantuan khas kewangan yang diumumkan kerajaan negeri terdahulu kepada penjawat awam negeri sempena Aidilfitri, dapat diteruskan oleh kerajaan Pakatan Harapan.

Beliau berkata ini kerana, keputusan itu dibuat sebelum pilihan raya umum dengan tujuan untuk membantu kakitangan awam melakukan persiapan Hari Raya dan kerajaan negeri Johor mampu membiayainya.

“Ia juga bagi membalas jasa kakitangan awam yang berkhidmat menyumbang kepada pembangunan Johor,” katanya dalam kenyataan di Johor Bahru, hari ini.

Sebelum ini, kerajaan Johor pimpinan BN mengumumkan bantuan bantuan sebanyak RM1,000 kepada 19,000 kakitangan awam negeri sempena Aidilfitri.

Pembayaran itu sepatutnya dibuat pada Selasa ini (28 Mei).

- Bernama

Lihat Komen
ADS