Kesihatan Ghafar tidak menentu
Keadaan kesihatan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Ghafar baba masih tidak menentu. Beliau masih memerlukan pemerhatian rapi secara berterusan daripada pegawai perubatan.
Anak lelakinya Tamrin berkata Ghafar yang dirawat di Pusat Perubatan Pantai (PMC), masih lemah dan hanya mampu mengangkat tangan sebagai isyarat meminta sesuatu.

"Tun masih belum boleh bercakap dan keadaan kesihatannya juga tidak menentu. Kadang-kadang nampak baik dan kadang-kadang sebaliknya," katanya.
Ghafar, 80, sebelum ini dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya dan dipindahkan ke Unit Koronari PMC pada 12 Oktober lalu berikutan komplikasi jantung dan paru-paru yang dialaminya.
Menurut laporan Bernama, Tamrin berkata, ayahnya memerlukan rehat yang secukupnya.
"Saya minta rakyat berdoa kesihatan Tun terus bertambah baik," katanya.