Paling Popular
Terkini
Lagi berita dari pengarang
story images
story images
mk-logo
Berita
BERSATU cadang 3 nama dari Kelantan sebagai menteri

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Kelantan mencadangkan tiga tokoh politik dari negeri itu supaya diangkat sebagai menteri atau timbalan menteri dalam kabinet Malaysia.

Ketua pemuda BERSATU negeri, Asran Alias berkata, tiga nama tersebut terdiri daripada Timbalan Pengerusi BERSATU Kelantan, Datuk Sazmi Miah; Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Husam Musa dan Pengerusi PKR Kelantan, Ab Aziz Ab Kadir.

Katanya, cadangan itu akan dikemukan kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan berharap perlantikan menteri kabinet dapat disegerakan sebelum menjelang hari raya Aidilfitri pada pertengahan bulan depan.

"Kami menegaskan perlantikan kabinet penuh perlu dibuat dengan kadar segera susulan terdapat beberapa kementerian yang belum diumumkan lagi menterinya khususnya menjelang hari perayaan.

"Keadaan ini antaranya memberi kesan seperti peniaga yang mengambil kesempatan menaikan harga barang termasuk barang kawalan akibat kelewatan perlantikan menteri," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat pemuda BERSATU Kelantan di Kota Bharu, hari ini.

Pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 pada 9 Mei lalu, Pakatan Harapan (HARAPAN) memenangi majoriti parlimen untuk mengambil alih pentadbiran dengan Dr Mahathir sebagai perdana menteri ketujuh.

Setakat ini, 10 menteri sudah dilantik antaranya menteri kewangan, menteri pertahanan, menteri dalam negeri, hal ehwal ekonomi, menteri pendidikan dan menteri komunikasi dan multimedia.

Terima hakikat kalah

Mengulas lanjut tiga nama yang dicadang itu Asran yang juga merupakan timbalan ketua pemuda HARAPAN Kelantan berkata, pihaknya percaya dengan ketokohan dan pengalaman Sazmi, Husam dan Ab Aziz dapat membantu kelancaran pentadbiran Dr Mahathir pada masa akan datang.

"Ketiga-tiga mereka mempunyai pengalaman tersendiri sama ada di peringkat nasional atau negeri dan kami berharap kita mempunyai wakil dari Kelantan untuk menjadi jemaah kabinet negara.

"Kami juga telah akan membuat kunjungan hormat kepada perdana menteri bagi membawa beberapa perkara yang difikirkan perlu khususnya bagi keperluan anak muda di Kelantan," katanya.

Untuk rekod, pada PRU14 lalu, HARAPAN Kelantan gagal memenangi sebarang kerusi di negeri itu termasuk kerusi yang ditandingi Sazmi, Husam dan Ab Aziz.

Mengulas perkara itu, Asran yang juga calon bagi dewan undangan negeri (DUN) Bukit Bunga berkata, pihaknya menerima hakikat kekalahan tersebut dan kerja keras bagi menawan Kelantan pada PRU akan datang perlu bermula dari sekarang.

"Kami percaya kekalahan ini perlu ditanggung secara bersama dan tidak ada sikap menyalahkan pihak lain terumatanya sesama rakan komponen HARAPAN, " katanya.

Lihat Komen