Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kedah hargai guru Al-Quran sukarela, juru urus jenazah
Diterbitkan:  May 28, 2018 8:32 AM
Dikemaskini: 12:35 AM

Kerajaan Kedah akan terus menghargai jasa guru Al-Quran sukarela dan juru urus jenazah di negeri ini, kata Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Katanya beliau mahu ilmu dan kemahiran golongan ini dikenang oleh semua peringkat walaupun kini pembelajaran agama dikuasai penggunaan teknologi.

"Kini peranan mereka makin mengecil kerana ada kelas KAFA dan guru J-Qaf namun saya mahu, peranan mereka terus diberi tempat di kampung mereka,” katanya kepada media selepas menyerahkan sumbangan dan berbuka puasa bersama penduduk di Kampung Weng di di Baling malam tadi.

Di majlis tersebut, lebih 100 penduduk menerima sumbangan termasuk mangsa banjir di sumbangkan oleh Yayasan Khariah Islam Kedah dan Majlis Agama Islam Baling.

Dalam pada itu, Mukhriz berkata beliau akan menunggu laporan penuh mengenai kejadian ribut yang berlaku di Kuala Ketil petang tadi.

"Saya baru menerima laporan dan akan uruskan penyerahan bantuan secepat mungkin kepada mangsa," katanya.

Kejadian ribut yang berlaku sekitar pukul 4 petang itu dilaporkan telah menjejaskan hampir 50 rumah di Taman Desa Bidara dan kawasan sekitar.

- Bernama
 

Lihat Komen
ADS