Kedutaan Malaysia di Jakarta selamat
Tiada sebarang kejadian dilaporkan berlaku di Kedutaan Malaysia di Jakarta setelah jam 1 pagi (2 pagi waktu Malaysia) berlalu, walaupun sebelum ini kedutaan itu menerima panggilan telefon mengatakan bom akan meletup tepat pada waktu itu.
Panggilan daripada orang yang tidak dikenali itu diterima oleh pengawal keselamatan di kedutaan sebanyak lima kali bermula pukul 9 malam Isnin.

"Menurut panggilan itu bom akan meletup pada 1 pagi dan Kedutaan diminta supaya dikosongkan," kata Duta Besar Malaysia ke Indonesia Datuk Zainal Abidin Mohamad Zin.
Berikutan itu, berpuluh anggota polis dari Jakarta Pusat dan Selatan berkawal di pintu masuk kedutaan manakala pasukan pakar pemusnah bom memasuki bangunan kedutaan melakukan pemeriksaan.
Menurut laporan Bernama, Zainal Abidin berkata kedutaan telah mengambil semua langkah mengikut prosedur standard dalam menangani ancaman itu.
Setakat ini belum dapat dipastikan orang yang membuat panggilan ancaman itu, yang nampaknya turut dikesan oleh beberapa krew stesen televisyen tempatan yang telahpun berkumpul di luar pagar kedutaan.
Pasukan pakar pemusnah bom telahpun selesai melakukan pengesanan di sekitar pagar kedutaan di Jalan Rasuna Said dengan diiringi pegawai kedutaan.