Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Hindraf serah tuntutan untuk masyarakat miskin tegar India
Diterbitkan:  May 28, 2018 11:39 PM
Dikemaskini: 3:41 PM

Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) hari ini menyerahkan memorandum kepada Jawatankuasa Pembaharuan Institusi (IRC) dengan menyenaraikan 25 cadangan untuk menangani isu yang dihadapi golongan B75 masyarakat India.

Memorandum itu diserahkan oleh pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu, P Uthayakumar kepada anggota sekretariat IRC, Zauwiyah Yusof di Menara Ilham, Kuala Lumpur.

"Pakatan Harapan dalam manifestonya bersetuju untuk menangani beberapa isu yang dihadapi oleh masyarakat India,” kata beliau ketika ditemui pemberita di sini.

Uthayakumar berkata isu yang dibangkitkan termasuk pemilikan tanah sama seperti skim Felda dan Felcra, peluang perniagaan, lesen perniagaan dan permit bagi golongan B75 atau miskin tegar masyarakat India.

NGO itu juga mencadangkan pengambilan mandatori 15 peratus pelajar kaum India ke universiti-universiti awam, politeknik, UiTM dan tadika Permata bagi golongan B75 masyarakat India setiap tahun.

Hindraf juga mendesak penghantaran pulang kira-kira 4.6 juta pekerja asing tanpa izin dalam tempoh lima tahun akan datang dan pada masa yang sama tidak memperbaharui permit kerja kepada pekerja asing sedia ada yang diambil secara sah.

- Bernama

Lihat Komen
ADS