Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

WAWANCARA | Di Parlimen, terdapat kerusi khusus yang terlalu akrab dengan anggota parlimen veteran Lim Kit Siang - kerusi yang terletak di penjuru yang terdekat pada sebelah kiri speaker Dewan Rakyat yang diperuntukkan untuk ketua pembangkang.

Lim telah menjadi anggota parlimen pembangkang selama 10 penggal dan dipilih oleh rakan-rakannya untuk mengambil kerusi ketua pembangkang Dewan Rakyat sebanyak enam kali, suatu rekod dalam sejarah politik negara.

Sekarang Pakatan Harapan (HARAPAN) telah menang pilihan raya dan menumpaskan BN daripada kuasa persekutuan. Bagi sidang Parlimen yang akan datang, beliau akan duduk di bangku penyokong kerajaan di sebelah kanan speaker

Dalam wawancara terbaru bersama Malaysiakini, Lim ditanya jika beliau punya nasihat kepada ketua pembangkang Parlimen yang baru.

"Ketua pembangkang perlu mampu berdiri mempertahankan hak-hak rakyat dan negara, bukan hanya kepentingan dirinya saja," jawabnya.

Parlimen dijangka bersidang pada 25 Jun 2018 ini.

Menjadi kebiasaan, ketua pembangkang akan diberi hak sebagai pembahas pertama usul terima kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong dan perbahasan rang undang-undang lain seperti pembentangan bajet.

Ketua pembangkang juga menyelaraskan soalan anggota parlimen pembangkang kepada kerajaan dan pelantikan pembangkang di pelbagai jawatankuasa pilihan.

‘Mungkin pertarungan terakhir’

"Saya fikir mungkin ini pertarungan terakhir saya," kata Lim Kit Siang yang berusia 77 tahun.

Lim, ahli jawatankuasa pusat DAP, berkata beliau tidak akan bertanding dalam pemilihan parti pada tahun 2020.

Di bawah peraturan pemilihan dalaman DAP, perwakilan parti memilih 25 anggota jawatankuasa eksekutif pusat yang kemudiannya akan memilih pemegang jawatan di kalangan mereka.

Lim tidak memegang sebarang jawatan parti walaupun telah secara konsisten diletakkan di kalangan penerima undi tertinggi dari perwakilan.

Apabila ditanya jika beliau akhirnya akan mengundur diri, Lim Kit Siang menjawab, "Mungkin."

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS