Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Dr M: Pegawai keselamatan ditarik balik kerana Najib sedang disiasat

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad malam ini ditanya mengenai khidmat pegawai keselamatan dan pengiring kepada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak yang telah ditarik balik oleh kerajaan.

Mahathir pada mulanya mengatakan beliau tidak tahu bahawa khidmat mereka telah ditarik balik, namun kemudian mengatakan bekas perdana menteri itu kini sedang disiasat pihak berkuasa.

"Jadi dia tidak mewakili perdana menteri yang lalu.

"Tetapi jika dia didapati tidak bersalah, maka dia akan mendapat layanan yang sama seperti (bekas) perdana menteri yang lain," kata Mahathir kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa dengan anggota polis di Bukit Aman hari ini.

Dalam kenyataan di halaman Facebook pada malam ini, Najib berkata khidmat pegawai dan pengiring keselamatannya telah ditarik balik oleh kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) yang baru.

Mereka terdiri daripada kumpulan pengawal pengiring, Unit Tindakan Khas dan pegawai lain yang ditugaskan untuk menyediakan kawalan keselamatan terhadapnya di Pejabat Perdana Menteri serta di kediaman rasmi Seri Perdana.

Najib turut berkongsikan gambar beliau memberikan tabik hormat kepada mereka dan perpisahan penuh emosi itu di laman Facebooknya.


Baca: Tabik hormat terakhir Najib pada pengawal pengiring


Semasa dalam pembangkang, Mahathir juga mengadu kerajaan BN di bawah pimpinan Najib telah menarik balik khidmat pengawal peribadinya.

 

Lihat Komen
ADS