Wartawan terkenal Russia ditembak mati
GLOBAL Seorang wartawan terkenal Russia dan pengkritik Presiden Vladimir Putin ditembak mati di Ukraine di mana dia melarikan diri selepas menerima ugutan,kata polis pada hari Selasa.
Arkady Babchenko, 41, meninggal dunia akibat kecederaan, dalam ambulans selepas isterinya menemuinya berlumuran darah di rumah mereka, kata polis sambil menambah mereka mengesyaki pembunuhan itu disebabkan aktiviti profesional Babchenko.
Babchenko, seorang bekas tentera dalam perang Chechen yang menjadi salah seorang wartawan perang terkenal di Rusia, telah lari meninggalkan tanah airnya kerana bimbang keselamatan dirinya selepas mengkritik dasar Russia di Ukraine dan Syria.
Dia dikecam oleh ahli-ahli politik pro-kerajaan di Russia berhubung komen di media sosial termasuk pengeboman Rusia Aleppo dalam perang Syria.
"Versi pertama dan paling bermungkinan adalah kegiatan profesionalnya," kata Ketua Polis Kiev, Andriy Kryshchenko dalam satu sidang media apabila ditanya punca pembunuhan tersebut.
Isteri Babchenko berada dalam keadaan terkejut dan polis tidak dapat bercakap dengannya, katanya.
Pihak berkuasa Ukraine mengeluarkan lakaran lelaki yang mereka syaki pembunuh Babchenko, yang berusia sekitar 40-45 tahun, berjanggut perang dan memakai topi.
Dua tahun lalu, Pavel Sheremet, seorang wartawan Belarusia yang terkenal kerana kritikannya terhadap kepimpinan negara asalnya dan persahabatannya dengan pemimpin pembangkang Russia, Boris Nemtsov, terbunuh dalam letupan bom kereta di pusat Kiev.
"Rejim Putin menyasarkan mereka yang tidak dapat ditundukkan atau diintimidasi," kata Anton Gerashchenko, kata penasihat Ukraine kepada menteri dalam negeri, dalam catatannya di Facebook.
Rumah Babchenko telah kehabisan roti dan dia pergi ke kedai untuk membelinya, kata Gerashchenko.
Dia ditembak pada hari Selasa oleh seseorang yang menunggunya di tangga di pintu masuk ke rumahnya.
Dia ditembak di belakang beberapa kali.
"Hari ini di Kiev di ambang apartmen di mana dia tinggal, wartawan Rusia terkenal Arkady Babchenko ditembak dan dibunuh, seorang penentang yang konsisten terhadap rejim Putin dan rakan Ukraine."
Reuters

