Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Laporan: Bank Negara terlebih bayar untuk pembelian tanah MOF
Diterbitkan:  May 30, 2018 11:40 AM
Dikemaskini: 3:41 AM

Bank Negara dipercayai terlebih bayar dalam pembelian tanah 67.41 ekar oleh Kementerian Kewangan (MOF) bernilai RM2.066 bilion, yang perolehannya digunakan untuk menyelesaikan hutang 1MDB, lapor sebuah harian berbahasa Inggeris.

Sumber dipetik sebagai berkata, walaupun penjualan dipersetujui pada RM703.44 kaki persegi, sebuah syarikat tujuan khas (SPV) yang ditubuhkan oleh MOF, sebelum ini meminta bayaran “empat angka untuk satu kaki persegi”.

Sumber-sumber berkata, Bank Negara mahukan tanah itu, yang terletak bersebelahan Kompleks Sasana Kijang di Kuala Lumpur, hanya untuk tujuan latihan, kerana “tiada keperluan” untuk membayar wang itu.

Pada 24 Mei, Menteri Kewangan Minister Lim Guan Eng mengesahkan dana Bank Negara dan Khazanah digunakan untuk menyelesaikan hutang 1MDB kepada International Petroleum Investment Co (IPIC).

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS