Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
3 bulan 'tax holiday'
Diterbitkan:  May 30, 2018 1:13 PM
Dikemaskini: 5:21 AM

Cukai jualan dan perkhidmatan (SST) mungkin akan menggantikan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) seawal September depan.

“(Kita sedang teliti) kemungkinan perkenalkan segera SST, mungkin dalam bulan September,” kata pegawai khas menteri kewangan Ong Kian Ming dalam wawancara di stesen radio perniagaan BFM.

Kadar GST ditukar dari enam kepada kosong peratus bermula Jumaat, 1 Jun ini.

Justeru, tempoh tiga bulan sebelum SST diperkenalkan itu boleh dianggap sebagai hadiah kerajaan baru kepada rakyat, kata Ong.

“Ramailah orang beli kereta (sebagai contoh) dalam bulan Jun kerana tax holiday (kelepasan cukai) yang berkesan sementara menunggu SST,” katanya.

Pemansuhan GST itu dijanjikan dalam manifesto Pakatan Harapan kerana didakwa membebankan rakyat dan meningkatkan kos sara hidup.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS