PAS pandang serius cabaran Ibrahim Ali
Pergerakan Pemuda PAS tidak memandang rendah cabaran yang diberi oleh bakal calon bebas, Datuk Ibrahim Ali dan Umno dalam pilihanraya kecil Pengkalan Pasir.
Ketuanya, Salahuddin Ayub berkata, selain dari saingan kuat dari Umno dan segala jentera kerajaan Pusat, pengaruh Ibrahim tidak boleh diperkecilkan kerana Pasir Mas adalah kubu kuat beliau.
Pergerakan Pemuda PAS tidak memandang rendah cabaran yang diberi oleh bakal calon bebas, Datuk Ibrahim Ali dan Umno dalam pilihanraya kecil Pengkalan Pasir.
Ketuanya, Salahuddin Ayub berkata, selain dari saingan kuat dari Umno dan segala jentera kerajaan Pusat, pengaruh Ibrahim tidak boleh diperkecilkan kerana Pasir Mas adalah kubu kuat beliau.
"Keput
usan pilihanraya umum yang lalu adalah penunjuk jelas mengenai apa yang akan berlaku dalam pilihanraya kecil ini. Kami tidak boleh memandang ringan mana-mana pihak, oleh itu Pemuda PAS perlu melipatgandakan kerja untuk mempertahankan Pengkalan Pasir," katanya ketika dihubungi hari ini.
Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Pasir kosong berikutan kematian wakil rakyatnya, Allahyarham Wan Abdul Aziz Wan Jaffar pada 31 Oktober lalu.
Wan Abdul Aziz yang meninggal dunia akibat kanser hati merupakan salah seorang daripada 24 wakil PAS yang menang dalam pilihanraya umum lalu.
Bagaimanapun beliau hanya menang tipis dengan majoriti 56 undi, mengatasi calon Umno, Hanafi Mamat.
Sallahuddin mengakui Ibrahim yang merupakan bekas pemimpin utama Umno bahagian Pasir Mas masih mempunyai pengaruh yang besar di kawasan tersebut.
" Ibrahim Ali adalah ahli politik veteran yang mempunyai ramai pengikut di Pasir Mas, oleh itu cabarannya tidak boleh dipandang rendah," kata beliau yang juga merupakan ahli Parlimen Kubang Krian.
Menurut beliau lagi, Pemuda PAS akan memberi tumpuan pada pengundi muda kerana mereka merupakan pengundi baru dan golongan atas pagar. DUN Pengkalan Pasir mempunyai pengundi berfadaftar seramai 18,411 orang.
Pemuda PAS akan mengumpulkan kira-kira 3,000 ahlinya pada Jumaat ini di Stadium Mini Pasir Mas sebagai langkah awal menggerakkan jentera pilihanrayanya.
Mengenai isu yang akan dibangkkitkan, Salahuddin berkata, antaranya termasuklah soal kegagalan Umno mengimbangi pembangunan fizikal dengan keperluan rohani.
"Walaupun kerajaan Pusat mengembar gemburkan soal Islam hadhari, kita masih mengalami masalah keruntuhan moral terutamanya di kalangan anak-anak muda," ujarnya.
Pemuda PAS juga katanya akan memberi tumpuan dan mendedahkan kepada amalan berkempen tidak sihat yang sering digunakan oleh Umno seperti menggunakan media massa sebagai alat propaganda, politik wang dan pengundi hantu.

