Paling Popular
Terkini

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menghentikan bayaran penyelenggaraan perangkap minyak (grease trap) ke atas restoran dan denda kapit (clamping) tayar berkuat kuasa serta merta sementara menunggu kaji semula.

DBKL juga membatalkan kesemua kontrak mengecat semula rumah awam dan apartment di ibu negara.

Perkara ini diumumkan Datuk Bandar Tan Sri Mhd Amin Nordin Abdul Aziz dalam mesyuarat bersama anggota parlimen Wilayah Persekutuan pagi ini.

Bercakap dalam sidang media selepas mesyuarat berkenaan, Anggota Parlimen Cheras Tan Kok Wai memuji keputusan Amin itu.

"Antara berita baik yang kita terima adalah konsesi penswastaan bayaran letak kereta dan clamping kereta akan dikaji semula. Clamping dihentikan sementara menunggu kaji semula.

"Bayaran perangkap minyak (grease trap) RM1,500 setahun yang dikenakan kepada semua retoran juga akan dihentikan sementara menunggu kaji semula.

"Kita menerima banyak aduan tentang perkara ini. Ramai yang mengadu bayaran itu tidak adil kerana lebih mahal daripada lesen perniagaan dan lesen papan tanda," katanya di ibu pejabat DBKL hari ini.

Tan yang merupakan Pengerusi DAP Kebangsaan menambah bahawa peniaga yang sebelum ini tidak boleh memperbaharui lesen kerana gagak membayar bayaran itu, boleh berbuat demikian sekarang.

DBKL melaksanakan bayaran itu pada Januari lalu yang kemudian mendapat aduan daripada ramai peniaga.

Menurut Tan, Amin bagaimanapun tidak menyatakan sampai bila tarikh penghentian berkenaan.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS