Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Ong: THM ditubuh untuk cegah penipuan kutipan dana
Diterbitkan:  May 31, 2018 10:10 AM
Dikemaskini: 3:39 AM

Penubuhan Tabung Harapan Malaysia (THM) bertujuan untuk mencegah penipuan kutipan dana dengan menyediakan saluran rasmi untuk rakyat menyumbang, kata pegawai khas Kementerian Kewangan, Ong Kian Ming.

Beliau menjawab kritikan terhadap penubuhan tabung itu yang diumumkan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad semalam.

Menulis di Twitter malam tadi, Ong berkata, orang ramai sudah pun mulakan kutipan untuk itu.

"Lebih baik jika kerajaan menyediakan saluran rasmi untuk sumbangan berkenaan," katanya.

Jika tidak, tambahnya, akan berlaku penipuan kutipan dana di luar sana.

Ong, yang juga ahli parlimen Bangi, berkata pengkritik THM tidak faham bahawa dana itu mempunyai beberapa tujuan.

Selain mengelakkan penipuan, katanya, THM bertujuan untuk menjadi saluran bagi rakyat Malaysia yang ingin menyumbang untuk membina sebuah negara Malaysia yang baru.

Kepada yang mengkritik mereka yang menyumbang kepada tabung tersebut, Ong berkata: "Jika anda tidak suka idea itu, tak mengapa. Tak payah menyumbang kepada tabung itu".

Mahathir semalam mengumumkan penubuhan dana itu untuk membolehkan rakyat Malaysia yang ingin menyumbang untuk membantu menyelesaikan hutang negara.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng mendedahkan bahawa jumlah komitmen hutang Malaysia melebihi RM1 trilion.

[Baca berita penuh]

 

Lihat Komen
ADS