Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Mat Sabu terima kunjungan hormat menteri pertahanan UK
Diterbitkan:  May 31, 2018 12:05 PM
Dikemaskini: 4:09 AM

Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu hari ini menerima kunjungan hormat Menteri Pertahanan United Kingdom Gavin Williamson di Wisma Pertahanan, di Kuala Lumpur.

Ketibaan Williamson pada 8.50 pagi disambut dengan kawalan kehormatan utama melibatkan 108 pegawai dan anggota daripada Rejimen Pertama Askar Melayu Diraja yang diketuai Mejar Mohd Izhan Ahmad Rashidi.

Kunjungan kali pertama ke atas Mohamad itu antara lain bertujuan memperkukuhkan hubungan dua hala antara kedua-dua negara serta bertukar pandangan dan perkongsian maklumat bagi kebaikan serantau.

Turut hadir Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Zulkiple Kassim, Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin dan Panglima Tentera Udara Jen Tan Sri Affendi Buang.

- Bernama

Lihat Komen
ADS