Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

PAS melihat penubuhan Tabung Harapan Malaysia sebagai langkah yang baik bagi menggalakkan rakyat menderma, kata Timbalan Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Bagaimanapun jelasnya, ia agak janggal kerana pada waktu sama kerajaan menaja siaran bola sepak Piala Dunia dengan peruntukan sebanyak RM40 juta.

"Secara asasnya mewujudkan tabung Tabung Harapan Malaysia adalah langkah baik, menggalakkan rakyat menderma.

"Cuma agak janggal, waktu yang sama kerajaan taja siaran bola sepak sebanyak 40 juta.

"Kerajaan perlu mencari jalan mendapatkan balik dana negara yang hilang dan menghentikan projek yang membazir.

"Rakyat juga melihat ini kaedah Pakatan Harapan untuk tidak laksanakan janji manifesto atas alasan hutang," katanya ketika dihubungi Malaysiakini, hari.

Semalam, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan pembentukan tabung khas itu bagi membolehkan rakyat Malaysia membantu mengurangkan beban hutang negara.

Anggota parlimen Langkawi itu berkata, ramai rakyat tahu berkaitan kedudukan kewangan negara yang “begitu buruk” dan sanggup menderma kepada kerajaan.

Sementara itu, Tuan Ibrahim yang juga anggota parlimen Kubang Kerian berkata, sepatutnya manifesto digubal dengan mengambil kira semua kedudukan kewangan negara.

"Apa pun masih terlalu awal untuk membuat penilaian, dan kerajaan baru perlu diberi masa bagi menilai janjinya," jelasnya.

Lihat Komen
ADS