Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Modi tweet dalam BM: Terima kasih Mahathir
Diterbitkan:  May 31, 2018 12:51 PM
Dikemaskini: 1:46 PM

Perdana Menteri India Narendra Modi nampaknya memang pandai mengambil hati rakyat negara yang dilawatinya.

Selepas bertemu Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini, Modi menulis tweet terima kasihnya dalam bahasa Melayu.

"Saya bergembira untuk bertemu Tun Dr Mahathir Mohamad. Saya berterima kasih kepadanya untuk sambutan yang baik.

"Kami mengadakan perbincangan yang produktif untuk memperkukuhkan lagi kerjasama di antara India-Malaysia," katanya sambil menyebut akaun Twitter Mahathir @chedetofficial.

Bagaimanapun turut terdapat versi sama dalam bahasa Inggeris.

Modi turut memuat naik gambar mereka bersalaman dan berbincang sesuatu.

Beberapa jam lepas beliau menggunakan bahasa Indonesia bagi berterima kasih kepada Presiden Joko Widodo yang menerimanya dengan keramahan yang “luar biasa”.

Pada Selasa, Modi tiba di ibu negara Indonesia sempena lawatan tiga negara ke Asia Timur, untuk terus meningkatkan Akta Dasar Timur India.

Beliau turut dijadual melawat Singapura hari ini.

Lihat Komen
ADS