Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images

Calon Menteri Besar Selangor yang baru kini pada peringkat akhir untuk dimuktamadkan, kata Ketua Umum Pakatan Harapan (HARAPAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut beliau, PKR akan terus memegang jawatan itu kerana memenangi majoriti kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-14(PRU14) di Selangor.

Perkara itu antara yang dibincangkan ketika pertemuan antara Anwar dan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam, hari ini.

“(Calon Menteri Besar) Itu kita bincang bersama dan akan putuskan. Ia hampir muktamadkan, calon banyak puluh.

"Parti yang majoriti dan dalam kes ini adalah PKR,” katanya kepada pemberita di luar perkarangan Istana Bukit Kayangan, hari ini.

Anwar sebelum itu mengadap Sultan Selangor lebih satu jam. Beliau tiba sekitar jam 10 pagi dan keluar pada 11.45 pagi.

Hadir sama adalah Menteri Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. Pada 21 Mei lalu, Azmin melepaskan kedudukannya sebagai menteri besar selepas mendapat perkenaan baginda.

Pada pilihan raya 9 Mei lalu, PKR memenangi 21 daripada 56 kerusi DUN yang dipertandingkan.

DAP pula memperolehi 16, AMANAH 8 dan BERSATU 6. BN pula mempunyai 4 dan PAS 1.

Sementara itu Anwar ketika ditanya berkaitan tabung HARAPAN menyambut baik perkara itu.

"Sudah tentu, kerajaan ini dibentuk menerusi sokongan dan inspirasi rakyat.

"Saya rasa kita dapat atasi masalah dengan cepat berkaitan hutang," katanya.

Lihat Komen
ADS