Tabung Harapan yang yang ditubuhkan oleh kerajaan, semalam untuk membolehkan rakyat orang ramai menderma ke arah menyelesaikan hutang negara, terus mendapat sambutan.

Warga maya berkongsi di laman Facebook Kementerian Kewangan (MOF), dengan paparan skrin pembayaran resit mereka, baik secara fizikal mahupun talian.

Jumlah yang disumbangkan itu bermula dari RM10 hingga RM3,000.

Berikut antara komen mereka.

“Aku tengok yang derma ratusan ribu-ribu, diam senyap je... relax cool je.. yang meroyan teruk ni yang tak bagi apa-apa.... komplen lebih, derma tak bagi, menyalak kuat bukan main,” kata Ana Ahmad.

Bagi Shahrain Smk, tidaklah pelik jika ada yang cuba tolong pihak kerajaan membayar hutang dan menganggap tindakan itu satu usaha yang bersifat sukarela.

“Siapa mahu boleh berikan, siapa tidak mahu boleh biarkan. Namun, yang pelik lagi melampau ialah pihak yang membuat hutang yang ditanggung oleh sekelian rakyat secara paksa tanpa rela.

“Lebih kejam lagi apabila pihak yang mengambil hutang itu bermewahan, sementara rakyat yang menanggung hutang hidup dalam bebanan,” katanya.