Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
'Ganti HSR dengan pembangunan pengangkutan di JB'
Diterbitkan:  May 31, 2018 5:11 PM
Dikemaskini: 9:15 AM

Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching menggesa kerajaan menggantikan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) antara Kuala Lumpur dan Singapura yang dibatalkan dengan projek pembangunan pengangkutan yang lebih kecil di Johor Bahru.

"Kabinet kami telah memutuskan untuk membatalkan HSR. Saya percaya ini merupakan keputusan yang menyakitkan tetapi tepat memandangkan status kewangan negara kita.

"Bagaimanapun, saya menggesa kerajaan supaya mempertimbangkan untuk menggantikan HSR dengan beberapa projek yang lebih kecil (skala) tetapi lebih ekonomik yang akan memperbaiki pengangkutan awam di Johor Bahru," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Di antara cadangan beliau untuk projek itu termasuk membina walkalator (laluan pejalan kaki elektronik) di sepanjang 1.4 km Tambak Johor bertujuan memudahkan lalu lintas.

Sekitar 300,000 orang berjalan kaki antara Malaysia dan Singapura setiap hari, katanya, dan walkalator akan mengurangkan beban mereka.

Kerajaan juga boleh melihat peningkatan sebahagian daripada trek bukan elektrik Keretapi Tanah Melau Bhd (KTMB) sedia ada serta menghubungkannya ke Singapura melalui Gelang Patah atau Nusajaya dan Jurong East.

Beliau juga mencadangkan perluasan laluan Gemas melalui Sistem Kereta Api Elektrik (ETS) Johor Baru ke Singapura.

Malaysia sudah mempunyai ETS dua arah sedia ada di utara dan Teo berharap Kementerian Pengangkutan dapat mempertimbangkan memperluas laluan bagi sambungan ke Singapura.

Satu lagi cadangan adalah untuk menetapkan tarikh penyelesaian Sistem Transit Rapid (RTS) Johor Bahru-Singapura, katanya.

"Saya gembira dapat mengetahui bahawa Menteri Pengangkutan Anthony Loke telah mengesahkan komitmen kami untuk melaksanakan projek ini.

"Akan tetapi, lebih baik jika kita dapat mempercepatkan projek ini kerana ia pasti akan mempermudah urusan keluar masuk sempadan dan meningkatkan kecekapan dengan mengurangkan kesesakan di Tambak Johor sehingga 15 peratus," katanya.

[Berita penuh menyusul]
 

Lihat Komen
ADS