Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Khazanah sahkan Najib letak jawatan hari ini
Diterbitkan:  May 31, 2018 9:21 PM
Dikemaskini: 2:48 PM

Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak telah meletak jawatan sebagai pengerusi Khazanah Nasional yang berkuatkuasa hari ini, kata syarikat pelaburan negara itu dalam satu kenyataan.

Kenyataan itu dibuat hanya beberapa jam selepas Menteri Kewangan Lim Guan Eng menyarankan Najib supaya meletakkan jawatan daripada lembaga pengarah Khazanah.

Namun, tidak jelas Najib melepaskan jawatannya itu sebelum atau selepas Lim membuat saranan itu.

Sebelum ini, The Malaysian Reserve melaporkan setakat hari Isnin lalu, Najib serta bekas menteri kewangan kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan bekas ketua setiausaha perbendaharaan Tan Sri Irwan Serigar Abdullah masih memegang jawatan di lembaga pengarah Khazanah.

Bagaimanapun, Khazanah menjelaskan Irwan telah meletak jawatan pada 23 Mei lalu, sementara Johari meletakkan jawatan semalam.

Saranan Lim dibuat ketika menjawab soalan pemberita jika Najib akan dipecat daripada lembaga pengarah Khazanah.

Bagaimanapun adik Najib, Datuk Seri Nazir Razak masih memegang jawatan pengarah serta anggota audit dan risiko syarikat itu.

 


 

Lihat Komen
ADS