Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Anwar: Dakwaan jumpa orang Najib tidak benar
Diterbitkan:  May 31, 2018 11:51 PM
Dikemaskini: 3:54 PM

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata dakwaan beliau mengadakan pertemuan rahsia dengan seorang "Tan Sri" yang mewakili bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak bertujuan meregangkan hubungan antara beliau dan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohmad.

Dalam satu wawancara dengan Astro Awani, Anwar mengatakan dakwaan itu tidak benar dan mungkin ia datang dari musuh-musuhnya.

"Ini saya tidak tahu mungkin datang dari musuh saya, ataupun ada orang yang... pelbagai pihak, ada orang juga tugas nya nak meregangkan hunbungan saya dengan Tun Mahathir, untuk kepentingan-kepentingan sendiri.

"Saya cukup transparent, Datuk Seri Najib (Razak) telefon, saya bagi tahu umum, tidak rahsia. Ataupun sebelum ini bila Datuk Seri Zahid (Hamidi) telefon apabila dia kata kemungkinan besar BN akan kalah," katanya.

Anwar berkata semua mesyuarat beliau setakat ini diadakan secara terbuka.

Sokong pimpinan Dr M kendali pemeritahan

"Kalau perlu bincang, Datuk Seri Najib boleh bincang dan saya kata nak bincang, kena bincang dengan Tun Mahathir, dia Perdana Menteri sekarang," katanya.

Anwar menjelaskan khabar angin tidak patut dipandang serius dan mendakwa mungkin dakwaan tersebut datang daripada "elemen-elemen Umno 2.0."

"Ada kelompok kecil lain yang cuba menyekat, mengugat hunbungan kita berdua dan ada juga tidak senang dengan kenyataan saya tentang rasuah, integriti.

"Kadang-kadang elemen Umno 2.0 itu ada meresap jadi saya tidak berganjak daripada pendirian saya untuk memberi sokongan yang kuat kepada pimpinan Tun Mahathir mengendali pemerintahan dengan tenang dan baik," katanya

Bagaimanapun, Anwar berkata akan terus menyuarakan aspirasi dan hasrat hati nurani rakyat.
 

Lihat Komen
ADS