Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Cadangan pas bulanan RM100 pengangkutan dibawa ke kabinet

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata beliau akan membentangkan cadangan mengenai cara melaksanakan janji Pakatan Harapan (HARAPAN) mengenai pas transit pengangkutan awam bulanan bernilai RM100 pada mesyuarat kabinet Rabu depan.

Beliau berkata perbincangan berikut dengan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) hari ini, beliau mendapati pelaksanaan cadangan itu akan mempunyai implikasi kewangan yang besar kepada kerajaan.

"Keputusan bagaimana ataupun bila boleh kita laksanakan ini saya perlu bawa ke kabinet untuk diputuskan oleh kabinet untuk diputuskan kerana ini melibatkan implikasi kewangan yang agak besar kepada kerajaan dalam pengenalan dasar ini ataupun program pas transit RM100 tanpa had guna (perjalanan) ini.

"Jadi sementara ini kita telah ada opsyen-opsyennya, sudah ada mekanismenya bagaimana kita nak melaksanakan pas unlimited ini sebanyak RM100 kepada pengguna.

"Tetapi kalau kita memperkenalkan pas RM100 ini, kerajaan perlu subsidi dan menanggung satu perbelanjaan yang besar," beliau memberitahu pemberita pada sidang akhbar di ibu pejabat SPAD di Kuala Lumpur hari ini.

Menjawab soalan kos pas transit ini, Loke enggan mendedahkan kos yang perlu ditanggung kerajaan berkata beliau perlu melaporkan kepada kabinet terlebih dahulu sebelum mengumumkan angka-angka berkenaan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS