Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bukan wang ringgit, tapi semangat cinta negara, kata MCCC
Diterbitkan:  Jun 1, 2018 10:51 PM
Dikemaskini: 2:57 PM

Dewan Perniagaan Malaysia-China (MCCC) menggesa anggotanya menyumbang kepada Tabung Harapan Malaysia (THM), yang ditubuhkan untuk membantu kerajaan meringankan bebanan hutang negara yang mencecah lebih RM1 trilion.

MCCC menyedari bahawa ini belum pernah dilakukan pada masa lalu dan membuktikan bahawa rakyat menaruh harapan yang tinggi kepada kerajaan baharu.

"Bukan wang ringgit yang penting tetapi semangat patriotisme kepada negara," kata MCCC dalam satu kenyataan hari ini.

Sejak dilancarkan pada Rabu, Tabung Harapan Malaysia telah berjaya mengumpulkan sebanyak RM18.6 juta setakat 3 petang tadi.

Tabung itu dilancarkan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad selepas orang ramai menyatakan bahawa mereka ingin membantu kerajaan mengurangkan jumlah hutang negara.

Sumbangan boleh disalurkan melalui nombor akaun Maybank 5660-1062-6452.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS