Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Kerajaan masih mengkaji cara menyerap Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) ke dalam Kementerian Pengangkutan, kata menterinya Anthony Loke.

Berikutan perbincangan dengan SPAD hari ini, Loke memberitahu pemberita suruhanjaya itu menggunakan 997 kakitangan tetap dan kontrak yang mana terdapat seramai 372 anggota penguatkuasa.

Beliau berkata anggota penguatkuasa akan diserapkan ke bahagian penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) manakala nasib baki 625 kakitangan masih dipertimbangkan.

"Terdapat bahagian lain seperti bahagian perancangan, pembahagian dasar, dan sebagainya.

"Kami masih mengkaji dan mempertimbangkan apakah pilihan terbaik untuk bergerak ke hadapan supaya mereka dapat terus memainkan peranan mereka dalam Kementerian Pengangkutan," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di pejabat SPAD di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata kerajaan sedang mengkaji pindaan terhadap Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 dan Akta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010 dengan matlamat membentangkannya pada sesi parlimen akan datang.

Dalam masa yang sama, beliau berkata SPAD akan meneruskan fungsi yang sedia ada.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS