Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kerajaan sedang siasat 'fail sulit merah', kata Lim

Proses siasatan berkenaan rahsia "fail merah" yang didakwa mengandungi perkara berkenaan penyelewengan dan skandal membabitkan 1MDB sedang dijalankan, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Beliau berkata proses siasatan itu dipertanggungjawabkan kepada syarikat perakaunan dan audit dalaman yang dilantik untuk memastikan siasatan lebih komprehensif .

"Syarikat perakaunan akan membuat siasatan sedaya upaya dan tiada had masa tetapi saya yakin akan dijalankan (diselesaikan) secepat mungkin," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pemeteraian perjanjian persefahaman antara agensi Perbadanan Pemuliharaan dan Pembangunan George Town dengan Kedutaan Perancis, Kuala Lumpur di George Town, hari ini.

Sebuah akhbar tempatan hari ini melaporkan kenyataan Lim berhubung "fail merah" berkenaan yang sebelum ini didakwa cuba disorok oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

Dalam wawancara dengan akhbar itu, Lim dilapor berkata sebelum ini kesemua fail tersebut tidak boleh diakses kerana kerajaan BN menghalang auditor dan pegawai yang bertanggungjawab untuk menelitinya secara profesional dan integriti.

Dalam perkembangan lain, Lim memuji langkah kerajaan negeri Pulau Pinang yang memotong 10 peratus gaji ketua menteri dan 10 anggota Exco untuk disalurkan kepada Tabung Harapan Malaysia (THM).

Jumlah kutipan THM dikemas kini setiap hari pada tiga petang di laman web Kementerian Kewangan.

-Bernama

Lihat Komen
ADS